This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Pages

bila cinta di dusta..

Bila Cinta DidustaAlign CenterHati Mula Gelisah
Hilang Kekasih Hati
Hidup Jadi Merana

Insan Jadi Idaman
Kini Dimilik Orang
Cinta Yang Diimpikan
Putus Di Tengah Jalan
Terpaksa Mengalah

1 Mengapa Menyinta
Andainya Tak Setia
Tak Usahlah BerCinta
Jika Hanya Berpura
Bila Hati Dah Jemu
Mula Berpaling Tadah
Tak Pernah Difikirkan
Orang Yang Ditinggalkan
Tersiksa Sayu Pilu

Ooo

Oo Merayu-rayu
Ooo

Oo Ingin Kembali
Ooo

Oo Meratap Sayu
Tidak Mungkin Orang Simpati
Menoleh Pun Tak Sudi

Andainya Ditakdirkan
Cintamu Didustai
Pastinya Kau Mengerti
Siksanya Perpisahan
Hanyalah Ditemani Sesalan
0 comments

sambungan...

hurm,, atas permintaan cik linda kita.. so,aku nak cita lagi satu kisah orang berlagak ni.. tak leh nak tahan gak.. yang pasti pe yang di cakap tak menjadi kenyataan.. tu la yang aku asa cam nak gelak terbahak2 jer..

al kisahnya
........................................................................................................................................................................
suatu petang,,aku yang kebosanan pergi berjalan-jalan ke rumah saudara aku lah(aku memang famous bab2 merayap ni).. banyak tu, saudara sesama islam..

a:aku
b:die
c:adik b
d:suami b;

a: hurm.. c buat ape sekarang eh? dah abis blaja kan? (c abis diploma)
b:aah.. sekarang tengah bz carik keja lah..
a:oohh.. xpe,keja sekarang susah nak dapat, tp insyaALLAH dapat (mood ok lagi, xkuar lagi ayat panas)
b: yela.. motosikal d yang lame tu bagi je kat c.. senang c nak pergi sana sini.. lagipun dah keja nanti mesti die nak beli keta.. c MESTI lah dapat keja bagus die kan ada diploma!(muka konfiden).
a:wahh!!!bgs2(mood dh kurang,sebab dengar ayat berlagak)

end of story :)
.......................................................................................................................................................................
haa.. ayat tu memang aku terkenang sampai sekarang.. lame dah, masa awal2 aku masuk study dulu kot.. kesudahan citanya.. sekarang c 2 keja biasa je..hahaha..kerani jer gred SPM!(haa.. mane dialog di atas nya).. aku memang xleh tahan la.. tu la orang cakap,benda TAK jadi jangan cakap besar..ha,sekarang padan muke.. aku bukan la nak berlagak atau cemburu.. tapi ayat2 gitu, memang sape2 dengar die mesti ingat punya.. berlagak tu agak2 lah jugak.. orang ada master pun susah carik kerja..ni kan pula diploma.. so, tepuk dada tanya lah selera eh :).
have a nice day..

TAMAT KISAH 2 0 comments

oh.. xsuke3!!!

hmm.. tibe2 aku teringat kisah orang yang berlagak sekeliling aku.. nape ek orang nak berlagak?? dapat anugerah ke makin banyak kita berlagak kat orang.. kadang2 rasa menyampah jer dengar, tapi kita nak buat ape?? juz dengar dan mengutuk dlam hati.. maklumlah,aku sentiasa bawak perwatakan menerima segala percakapan orang.. hahaha..
____________________________________________________________________

nak dijadikan kisah, aku penah la beberapa kali berhadapan dengan kisah2 orang berlagak ni.. tapi ada aku kesah?? xkesah langsung.. berlagak la wey,, sampai tinggi gunung kinabalu pun aku x heran.. nanti bila benda ko cakap 2 tak jadi macam pe yang ko cakap, masa tu la aku nak persoalkan.. biar ko cam kena hempap ngan batu :P.. end of story.. aku nak sertakan la beberapa dialog yang aku tak boleh tahan je nak dengar.. tapi, telinga tak tahan, bibir still gak tersenyum manis (uwekkk!!!)

al kisahnya bermula :
..........................................................................................................................................................................
di suatu hari,aku yang sedang dilanda kebosanan pergi menenangkan hati ke rumah makcik aku@umah nenek aku.. sebelah umah aku jer.. umah biasa jer.. tak kaya pun kitorang ni..

a:aku;
b:seseorang :), c: anak seseorang

a: bosan tol aar duk umah time cuti gini.. bukan da member sangat kat kampung(aku duk kampung jer bukan orang KL)

b: 2 la.. c pun sekarang bz dengan praktikal die yang x abis2.. banyak keja die cakap.. balik2 kepenatan..

a:ohh.. yeke.. c praktikal kat mane?

b: kat company xyz(x ingat aku company pe).. ko, tahu.. orang kt company 2 nak amek c keja.. tawar gaji RM2000++ kat c.. tak abis study lagi dah kene tawar g2..

a: (dengan muka kagum dan nyampah).. oooooHHHHH!!!! yeke.. beruntungnya. memang bertuahlah.. (muka gembira secara berpura2).

b: tu lah.. memang bertuahlah.. senang lah nanti..

dialog di atas,dalam beberapa bulan sebelum dialog di bawah :
..........................................................................................................................................................................
petang 2, tiba2 lak b datang ke rumah..

a:aku
b:seseorang :)

a: eh,, c dah abis blaja kan? sekarang da keja ke?
b: dah.. keja kilang biasa jer..
a:(teringat dialog diatas).. ok lah tu..
b: 2 lah.. buat sara diri dulu..
a:tol2 (x ikhlas pun, sbb teringat dialog di atas)

b pun balik... THE END
..........................................................................................................................................................................
ikutkan ati aku, nak jer aku tanyak ngan selamba.. "eh,ritu cakap orang nak tawar gaji RM2000.. tak amek ke?". tapi aku tak lah sejahat itu.. tu la kata orang.. benda lom jadi kenyataan jangan menunjuk kat orang lain. haa.. sekarang, sape nak tanggung?? nasib baik aku tak ada lah jahat sampai nak bertanya g2.. orang tua kan,hormat la sket..huhuu

(TAMAT KISAH 1) 2 comments

ASAL USUL SOLAT

SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat.
Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
  • Rakaat pertama :- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
  • Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
  • Rakaat pertama :- Bersyukur bagi penebusan .
  • Rakaat kedua :- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya .
  • Rakaat ketiga :- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
  • Rakaat keempat :- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
  • Rakaat pertama :- Kelam dengan kesalahan.
  • Rakaat kedua :- Kelam dengan air laut .
  • Rakaat ketiga :- Kelam dengan malam.
  • Rakaat keempat :- Kelam dengan perut ikan Nun .

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
  • Rakaat pertama :- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
  • Rakaat kedua :- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
  • Rakaat ketiga :- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita.. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
  • Rakaat pertama :- Dukacita terhadap isterinya.
  • Rakaat kedua :- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
  • Rakaat ketiga :- Dukacita terhadap Firaun.
  • Rakaat keempat :- Dukacita terhadap anak Firaun .

Terbitkan makna dalam kita mengerjakan solat semoga dengan memahami bacaan akan membuat kita lebih khusuk dalam solat.

Allah Maha Besar (Takbiratulihram)

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk
tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka,
bukan jalan mereka yang Engkau murkai
dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian..

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah..
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya
sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah,
berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan,
dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.



"Wahai Tuhan, aku tak layak ke syurgaMu ...namun tak pula aku sanggup ke NerakaMu.... . kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya Allah jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"


"AKAN KU SAMPAI KAN WALAU SEBARIS " 0 comments

ke pusat kesihatan

baru je balik dari pusat kesihatan UMT.. sampai je nmpak sign "Dilarang Masuk Sebelum Suhu Badan Anda Diambil".. tapi aku sampai situ, bukan ada orang pun.. so,aku nak masuk je ngn selamba.. tapi, ternampak mesin timbang..huhu.. Haaa!!! teringat pun nak timbang.. naik jer, angka menunjuk 63 kg..wah????? macam tak percaya :'(.. 6kilo naik sejak aku balik ganu..huhuhu.. ni yang semangat nk diet ni.. dah,malas nk ckp sal berat dah.. aku pergi sebenar nya nak mintak ubat kat situ.. malas nak beli ubat kat farmasi.. jimat duit.. tangan aku ni nape ntah, tumbuh la benda yang kurang menyenangkan mata aku bila memandang.. tadi MA tu cakap, FUNGUS! huhu.. tumbuh fungus dah ke badan2 aku ni..eeeiiyyy,,, geli3.. yang 1st dulu tubuh kt tangan aku, ni dah naik kat bibir aku plak.. xleh aar nak biar je.. nanti jadi makin teruk lak.. aku pun dah naik geli... kadang2 bila rasa gatal die datang.. memang xleh tahan aar.. aku dah mengamalkan simbiosis ke eh??siap da tumbuh lak fungus kat badan ni.. tu aar dulu kutuk member aku.. asyik cakap kurap2.. haa.. sekarang ambik ko(tapi bkn kurap ok!).. mintak2 aar pas letak ubat ni baik la seperti biasa.. amin :)... berat ni je yang buat hati aku mkin risau je... berat2!!wawa ko sungguh berat!gemok!wakakaka.. k,chow

ada mesin ni kan best :))
0 comments

exam!!

grr.. kul3 aku da exam.. dah study ke?? asa cam dah.. tp tak tahu la ilmu yang di timba boleh x kuar pada masa yang tepat.. hmm.. harap2 boleh lah aku jawab dengan jayanya... wish me luck k.. mood pagi da ok, boleh study ngan tenang,cuma semalam je lah.. tak berapa nak masuk notes2 yang aku baca.. rasa macam sia2 pun ada tapi xpe, aku dah sedia! chaiyok2..


MAT3114 KAeDaH MAteMatik~~~~!!!!! i'm coming..huhuhu

0 comments

ya!! aku sedih!

"dikala kita sentiasa bertimbang rasa dan membantu terhadap orang lain, belum tentu lagi orang akan bertimbang rasa terhadap diri kita"

"jika satu hari nanti kita ni tiada apa2 guna terhadap orang lain, mungkin sebelah mata pun x sudi mereka dan mereka memandang kita"

bukan kerana aku berkira... fikirkan lah sahabat,aku juga manusia..


0 comments

S.E.N.Y.U.M

1.Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakansenyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hnya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :
" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

0 comments
ya ALLAH ya tuhan ku.. jauhlah aku dari sifat amarah dan panas baran..sesungguhny sifat marah itu sifat yang disukai iblis.. Amin..


p/s ada tak sape2 da doa untuk menjauhkan diri dari perasaan ni... hmm 0 comments

...

tak nampak eh?? click ar kt pic tuu......

0 comments

gud nite :)

nite and selamat tido :)
0 comments

bosan..



baring baring dan baring.. sakit dah kepale asyik baring je.. bosan sungguh hari ni... panas plak melampau2.. i need someone to erase all this bored feeling!!perut lapo x terisi.. 0 comments

hari yang memenatkan..

sebelum mandi.. gambar dulu di papan tanda.. (minah 2 orang 2,asyik gayut je)


ni dah kesejukan lah ni.. time to eat.. next!!

semalam aku dengan penuh rajinnya pg tolong lecturer aku kemas bilik, so Alhamdulillah, sedap mata memandang..hehehe.. barulah luas mata memandang katakan :P. pas balik2 je dari kampus, budak2 ni ajak g sekayu plak.. pe ag, dah memang yang di cita sebelum ni,aku cakap ngan penuh semangat.. OKEY!! pastu ktorang trus la g berenam.. muat gak keta myvi.. so,yang jd driver nya, x lain dan x bukan daling.. jalan2 punya jalan, sampai la ktorang kat sekayu, aku pun x tggu2 ag, trus je mandi.. gian beb! balas dendam ritu yang x jadi.. sejuk gler,, kak ida dan mai memang dh hampir putus asa berendam lame2.. kak ida asyik naik dan turun dari batu dengan perkataan "wey,dh aar.. sejuk giler ni".. sebab kitorang wat x layan je, die balik berendam lagi.. semalam syok gak lh.. masing2 menunjuk cara berenang gaya kupu2 terpatah sayap.hahahaha.. mcm duyung terdampar..hahaha.. dh lame sangat berendam sampai dah kecut suma lemak kat badan,ktorang pun balik lah dalam lebeh kurang pukul6 g2.. perut dh lapar giler2,, sebut mcD3 je budak2 ni.. semangat nak makan, tersangkut plak.. ktorang sesat! xtahu jalan mana ntah cik driver bawak.. asyik duk tengok kat papan tanda yang "beso gajoh"(nada dipetik dari ain).. last2 ktorang sesat..haha.. so, kena la u-turn balik.. pas2 dah x pandang dh kat papan tanda tuu.. perut lapa x terkata,cacing2 dh meraung2.. so, ktorang singgah kt stesen myk.. beli la roti.. dh lapa giler.. lebeh kurang pukul7.30 g2, ktorang sampai lah kt mcD.. mkn3 dan mkn3 lagi..otw balik 2, nampak la bulan mengambang kat pantai teluk ketapang,, so ktorang pun singgah la duk bersantai beramai2.. cantik wey,, terang je.. tepi pantai pun bercahaya.. pas penat2 gelak2 bagai nak rak.. ktorang pun balik.. asa badan penat macam nak pengsan je.. balik2 trus mandi,aku pun tido dengan nyenyaknya tanpa d gangu nyamok2..hahaha.. k, daa

lepak2 tepi pantai,dan menimati pemandangan yang indah

0 comments