puas berjalan2 :)
puas je rasa pusing satu kuala terengganu.. aktiviti yang selalu dilakukan di saat kebosanan menyelubungi diri.. tadi masa lalu area stadium terengganu yang runtuh x terbaiki lagi tu, singgah la kejap tengok game kat situ.. ada la orang lumba moto kecik and keta control.. best gak. time bosan tengok benda g2 ilang je stress.. pastu merayap lagi.. pegi makan kenyang macam nak pengsan je.. aku makan nasi putih 3 pinggan, tomyam campur, daging masak merah,telur dadar, sayur kailan and last sekali samabal belacan (lauk wajib). memang kenyang tak leh nak terkuar da rasanya.. pastu jalan2 kat pantai jap.. tgk ramai je family ngan bersantai bersama2, bila eh ada family g2 gak?? sabar wawa!! masa akan tiba..haha.. hurm, tu je kot tempat yang aku merayap rini.. hepi gak dapat present tadi.. x mahal, tp berharga.. comel and sweet.. hadiah yang bermakna, x semestinya berharga kan?thanks 4 you,, i'm hepi today :).. k, chow!!
0 comments
rindu oh rindu
0 comments Posted by Siti Sallwa Piee at Saturday, January 30, 2010
malu ke?
0 comments Posted by Siti Sallwa Piee at Friday, January 29, 2010
hmm
0 comments Posted by Siti Sallwa Piee at Friday, January 29, 2010
kenapa melayu tidak segar?
Melayu jangan terus layu…Kenapa Melayu Tak Segar?
sebab melayu tak suka berfikir.
malas nak guna otak kanan dan kiri
suka tengok cerita hantu
kekasihku seru,tower 13,jangan tegur lagi menjadi kegemaran
waktu maghrib dah tunggu depan tv
melayu rajin bergosip sana sini
kutuk orang ni kutuk orang sana
bukan nak nasihat tapi mengata
tambah2 dosa dan buat dosa kering
melayu suka hiburan
ada af ada malaysian idol
terlebih kuantiti artis melayu
qari dan qariah susah nak jumpa
topup rm60 nak sms undi mila
tabung anak2 yatim dan tabung masjid taknak plak topup
not seringgit pun dah ketar tangan
sibuk cerita artis kawin datuk
apa kena mengena dengan korang?
tak payah nak serabut kepala
dikatakan miskin marah plak
padahal pakai tak cukup kain
dedah sana ketat sini
nampak tahi lalat kat dada
body pun apa kurangya
kadang2 mengalahkan j.lo
dikatakan berasal dari timur
penuh adab,sopan-santun dan lemah-lembut
merdeka sudah 52 tahun
kenyataannya masih lagi terjajah
betul melayu mudah lupa?
melayu suka enjoy2
“asalkan bahagia,ada fulus”
saudara kat palestin tak pernah hirau
hari ni makan kfc, esok Mc d
saudara kat Palestin 3 hari tak makan
best dapat tidur lena ada air-cond
saudara kat Palestin tak dapat tidur kerana ketakutan
anak Melayu main game counter strike
anak Palestin main baling2 batu
melayu sanggup mati anak
asalkan adat terjaga
padahal ada adat yg bertentangan agama
tak senang hati jumpa bomoh
minta pelaris nak maju
santau saudara sendiri
cucuk kat hidung cucuk kat pipi
macam2 ilmu
last2 bomoh yang kaya, diri yang merana
suka berlagak dan bermegah
nak jadi datin nak jadi dato
happy go lucky anak jadi artis
sampai jiran sebelah pun dah tak kenal
apa faedahnya?
dapat dosa lagi ada la
happy anak dapat 21A spm xpa la jugak
melayu memang terer
merokok no1
merempit no2
no3 meragut
membuang masa menjadi hobi
suka releks2
bangun tidur pukul 11pagi
sambil mengeliat dan menguap “hmm..malasnya hari ni”
baiknya hati melayu
berikan peluang pekerjaan kpd org luar
kenapa tak mahu bekerja?
tunggu emas jatuh dari langit?
melayu memang kuat dan berani
ada gengster badan besar
bermegah ada geng ramai
“kalau berani kacau la line kami”
padahal satu agama,satu bangsa dan 1malaysia
kenapa boleh jadi lawan?
kan lebih baik teman tapi mesra rakyat
ramai juga kat disko
release tension katanya
tu cara terbaik
nak lupakan masalah keluarga,kewangan dan masalah kat pejabat
ramai jugak kat lorong haji taib
kesian haji taib nama dia jugak yg busuk
umur 15tahun dah syok2 bercinta
pmr pun belum ambik lagi
pegang tangan perkara biasa
tak tahu malu mungkin kot?
ramai melayu malam 14februari,malam merdeka dan malam tahun baru
hasilnya boleh tengok 9 bulan kemudian
masa tu nangis tak cukup tisu
makayah tak cukup kain tutup muka
ada gak 2bulan tak keluar rumah
lain yang diharap lain yang dapat
tak sejuk perut ibu mengandung
tapi bukan salah ibu megandung
dimana melayu pada hari Jumaat pukul 1.20pm
ada di rumah mimpi jadi kaya
ada di pejabat kerana letih
ada di shopping kompleks jalan2
pun ada enak menjamu selera di restoran mamak seksyen 16
bukan mimpi tapi kenyataan
solat jemaah di surau pusat serenti makin bertambah jemaahnya
solat jemaah di masjid dua saf pun tak sampai
politik melayu ada kat mana2
pejabat,rumah, atas jalan raya dan kat toilet apa kurangnya
lepas tu mula la game
hina-menghina, maki-memaki, tipu-menipu
memang betul lidah tak bertulang
jangan salahkan lidah
Nak Salah Siapa Melayu terus layu?
Ibubapa,cikgu2, ketua kampung atau perdana menteri?
ataupun polis diraja malaysia dan tok kadi?
tepuk dada tanya iman
bila nak insaf?
bila nak sedar?
bila nak taubat?
jangan tunggu Malaysia turun salji
jangan tunggu selat melaka terbelah dua
Bagaimana Melayu nak segar?
al-Quran dan as-sunnah menjadi pegangan
ikutilah akhlak Rasulullah S.A.W
ADA PINTU YANG SENTIASA TERBUKA
Suma2 benda kat atas ni nak bagi kita fikir balik je.. so, harap2 kita tersedar dari tido yang lena..
aku benci org malas!!
sowi3... mmg aku teramat marah sekarang ni~! 2 comments Posted by Siti Sallwa Piee at Saturday, January 23, 2010
release tensen jap..
Alahai Mak Cik
Suatu hari..seorang Makcik menyewakan salah satu biliknya untuk seorang
pemuda penyelidik nak buat kajian kat kampungnyer. .
Penyelidik yang dah bersetuju tu pun menyewa la..
Malam tu..
Time penyelidik tu nak mandi..maklum ler bilik air kampung..
Dah tu dia tu..hensem lagi..muda lagi..
Makcik tu pun "semacam" ler..dia pun nak pi ngendap si anak muda nie
mandi....
Makcik nie kantoi sekali..oleh pemuda tu..
Kali keduanya pun kantoi..nak ngendap nie..
Kali ketiganya..pemuda tu naik bengang dan bagi warning..
" Kalau makcik ngendap saya sekali lagi...saya rogol makcik!!!"
Kemudian..makcik tu keluarkan jari kelingking dan berkata...
" JANJI TAU..!!"..
Burung Spesel
Pada suatu hari sorang suami baru pulang dari Brazil , membawa burung
kakak tua yang sangatlah spesel..
Si isteri bertanya..pada si suami...
" Abang..buat aper beli burung tu..?! Kan mahal tu..!"
Suami menjawab..
" Ala takper..burung ni spesel..tengok nie.."
Suaminya mengangkat tangan kanan dan memetik jarinya...burung itu terus
menyanyi lagu POP..
Si isteri sangat suka..dan menyuruh suaminya mengangkat tangan kiri
plak..
Si suami..berbuat demikian dan memetik jarinya.. dan burung itu terus
menyanyi lagu ROCK pula..
Si isteri pun suka dan bertanya..
" Abang, kalau kita angkat kedua-dua tangan plak camner..?"
Suaminya menjawab.." Awak cuba la buat.."
Si isteri mengangkat kedua2 tangannya dan memetik jarinya..lalu. .burung
itu pun berkata...
" SATU SATU LAH, BODOH..!!! "
mengandung anak gajah??????
Seorang lelaki yang badannya gendut naik kereta api. Penumpang sangat
penuh maka lelaki itu terpaksa berdiri. Dia merasa ada yang
menyenggolnya lalu lelaki itupun melihat kebelakang. Ada seorang ibu
hamil yang juga sedang berdiri. Melihat wanita hamil itu maka lelaki
bertanya pada wanita itu :
Lelaki: Hi... kakak hamil ya ?
Ibu hamil : Iya udah tahu tanya lagi (kata wanita dengan nada kesal)
Lelaki: Isinya orang ya, kak ?
Ibu hamil : Iya (dengan nada kesal, lalu bertanya)Encik hamil juga ya?
Lelaki: Iya (Sambil ketawa)
Ibu hamil : (Karena merasa jawaban lelaki itu tidak sopan dia
melanjutkan pertanyaannya) Isinya orang ya?
Lelaki: Bukan, isinya anak gajah (sambil ketawa lagi).
Ibu hamil : (terkejut, lalu ketawa)
Lelaki: Laa... kenapa ketawa? (dengan bingungnya) Ibu hamil : Oh isinya
anak gajah, ya... patutlah belalainya keluar( sambil menunjuk seluar
lelaki yang lupa dikancing)
Lelaki:????? ??????
Skandal Doktor
Seorang lelaki yang kebetulan seorang doktor muda, merasa tidak selesa
dengan apa yang telah berlaku.
Ia pulang ke rumah dengan wajah muram.
Setibanya di rumah, ia merebahkan diri di katil dan fikirannya mula
melayang Lalu ia mendengar suara dalam kepalanya berkata, "Sudahlah,
tidak usah difikirkan. Skandal doktor membuat hubungan intim dengan
pesakit terjadi di mana-mana.
Jadi kamu tidak perlu merasa bimbang."
Doktor tersebut cuba untuk setuju, tapi apa yang telah terjadi pagi itu
terbayang kembali dan perasaan tidak selesa muncul lagi.
Ia membalikkan badan dan mendengar lagi suara dalam kepalanya, "Tak
perlu bimbang,orang sudah mula biasa dengan skandal hubungan seksual
antara doktor dan pesakitnya."
Lelaki itu mulai tenang dan perasaannya beransur-ansur pulih...
Tiba-tiba suara lain dalam kepalanya berkata, "Tapi masalahnya kamu kan
doktor haiwan"
0
comments
Posted by
Siti Sallwa Piee
at
Saturday, January 23, 2010
cikgu dan murid
Kelas yang tadi bercempera tiada guru, kini menjadi senyap sunyi. Ini adalah kerana guru yang paling digeruni telah masuk ke dalam kelas. Wajahnya garang seperti Jin yang tidak ada Shamsudin. Kalau hendak tahu ikutilah pelajaran cikgu ini.
Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja?Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid-murid: Selamat pagi,petang dan malam cikgu!
Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan
penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik . Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang
perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjai dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu,faham?
Murid-murid: Faham, cikgu!
Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)
Cikgu: Pandai!
Murid-murid: Bodoh!
Cikgu: Tinggi!
Murid-murid: Rendah!
Cikgu: Jauh!
Murid-murid: Dekat!
Cikgu: Berjaya!
Murid-murid: Usno!
Cikgu: Salah!
Murid-murid: Betul!
Cikgu: Bodoh!
Murid-murid: Pandai!
Cikgu: Bukan!
Murid-murid: Ya!
Cikgu: Oh Tuhan!
Murid-murid: Oh Hamba!
Cikgu: Dengar ini!
Murid-murid: Dengar itu!
Cikgu: Diam!
Murid-murid: Bising!
Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu: Mati aku!
Murid-murid: Hidup kami!
Cikgu: Rotan baru tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!
Cikgu: Malas aku ajar kamu!
Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu: Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!
Cikgu: Cukup! Cukup!
Murid-murid: Kurang! Kurang!
Cikgu: Sudah! Sudah!
Murid-murid: Belum! Belum!
Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!
Cikgu: Oh! Melawan!
Murid-murid: Oh! Mengalah!
Cikgu: Kurang ajar!
Murid-murid: Cukup ajar!
Cikgu: Habis aku!
Murid-murid: Kekal kami!
Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu: Sudah, bodoh!
Murid-murid: Belum, pandai!
Cikgu: Berdiri!
Murid-murid: Duduk!
Cikgu: Saya kata USNO salah!
Murid-murid: Kami dengar BERJAYA betul!
Cikgu: Bangang kamu ni!
Murid-murid: Cerdik kami tu!
Cikgu: Rosak!
Murid-murid: Baik!
Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid-murid merasa lega kerana guru yang paling ditakuti oleh mereka telah keluar. Walau bagaimanapun, mereka merasa bangga kerana telah dapat menjawab kesemua soalan cikgu tadi, tetapi esok masih ada. Cikgu itu pasti akan datang lagi. 0 comments Posted by Siti Sallwa Piee at Saturday, January 23, 2010
tiba2 terjaga dari tido..
yang dingin dan kelam tanpa cahaya, anda terbangun tiba-tiba. Setelah
mata terbuka, persekitaran diamati. Belum subuh lagi ni, hati bermonolog
sendirian. Kemudian tangan mencapai telefon bimbit melihat jam sekadar
mendapatkan satu kepastian. "Oh, baru pukul 3 pagi."
Dalam situasi di atas, apa yang akan anda lakukan? Di sini anda
mempunyai beberapa pilihan. Tanya iman anda dan buatlah pilihan yang
bijak.
Kebanyakan kita akan menarik selimut semula dan menyambung episod kedua
mimpi yang tergantung separuh jalan. Bukan itu sahaja, hati turut
mengomel, "Apasal la aku bangun awal sangat." Terzahir sebuah kekesalan.
Kesal bangun awal? Nauzubillah.
"Oh baru pukul 3 pagi. Waktu macam ni doa makbul. Ya ALLAH, ampunkanlah
dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Jadikan aku hamba yang mempunyai
semangat juang yang tinggi, berjuang untuk kebahagiaan dunia dan
akhirat." Kemudian sambung kembali 'ibadah senyap'.
Sebaik menyedari dah pukul 3 pagi (bukan baru pukul 3 pagi), segera
bangun untuk solat tahajud. Sembahlah ALLAH saat mata-mata lain terpejam
rapat, rukuklah saat hati kita masih tenang, sujudlah saat minda masih
kosong dari sebarang urusan dunia dan berdoalah saat doa didengari
ALLAH.
Terjaga di awal pagi adalah satu rahmat yang merupakan kurniaan ALLAH.
Siapa tahu saat ALLAH takdirkan kita terjaga, sebenarnya ALLAH menunggu
untuk memakbulkan sebarang permintaan malam tersebut. Mulalah dari
langkah pertama, berdoa sebaik terjaga. Malah mintalah dari ALLAH untuk
bangkitkan kita malam-malam seterusnya. Itulah caranya mengucapkan
terima kasih kerana terjaga saat sedang tidur, bukan mengomel penuh
kekesalan. Tetapi alangkah baiknya andai tahajud dapat ditunaikan. 0 comments Posted by Siti Sallwa Piee at Friday, January 22, 2010
nasi kerabu..
best je rasa pas makan nasi kerabu sebentar tadi.. yang di idam2kan sudah tercapai.. aku asa hepi sangat.. b4 aku datang ganu,aku xtahu pun nasi kerabu 2 ape, dengan kaler biru 2 buat aku x selera je.. tapi sekarang tengok la.. sape yang jadi penggemar utama.. siap da kes ngidam2 nk makan nasi kerabu pun ada.. tadi aku beli nasi kerabu 3rgt je pun.. murah2..sangat murah.. aku tambah lagi ngan ayam goreng(sudah semestinya), telur masin, ngan solok lada kot.. x sure jugak orang panggil pe ntah..nama ala2 gitu la.. teringat nasi kerabu, teringat aku kat mak aku.. ritu sblm aku balik cuti, beriya sangat la nk resepi nasi kerabu la.. nasi dagang la.. suma2 resepi makanan terengganu die nak la.. sbb aku lupe, so aku amek ati die.. aku beli lah senaskhah majalah masakan.. segala resepi ada.. sebut je nk ape.. so, aku ngan penuh yakin dan semangat pun hadiahkan lah buku tu kat die.. aku pesan aar "mas kelak masak ah.. ct nak makan sblm blt ganu".. mak aku jawab "aok,lak mak molah,boh riso" (so, confirm korang x paham agi ka?).. sampai aku da balik tggnu, 18/12 ritu, x jugak aku termakan nasik2 yang mak aku masak.. sedih gak :(.. tp xpe.. sbb masa cuti ritu asyik g kenduri je.. nk masak pun asyik makanan berlambak kt umh.. siap kena buang ag 2.. benda dh lepas, lupekan je.. yg penting dh makan dah tadi.. sape2 xpenah makan nasi kerabu 2, sila2 la mencuba.. diyakini SEDAP! da masa nanti aku nak try wat sendiri aar..jual kat sarawak.. mintak2 aar laku..hahaha
kecewanya xdapat g mandi :(
kat atas ni, bukan aku saje nk amek gambar air 2.. saje nk amek gmbar kapel depan ktorang 2..punya ar xmalu wat aksi kureng.. owg lain kapel jgk,xda ar g2 sangat..
2 la,,harini ingatkan nak bersuka ria kat sekayu.. malangnya transport xda.. ingt nak ajak mai.. mai lak x sihat.. so, lupekan je la.. ajak kak ida g konvoi naik moto, owg xnak.. so, hampa la aku rini.. mood nak mandi bukan main lagi pagi td, sbb masalah yang x boleh nak di elak.. plan pun x jd.. asa nk mandi air terjun ar!!! siyes.. cam gian je rasa.hahaha.. haritu b4 aku balik tgganu ni abang aku ajak la family aku g mandi manda kat air terjun name Rachan.. disebabkan aku xda mber nk msndi,so aku xda la bawak bekal baju nk mandi.. sekali tengok abang aku berendam ala2 cm dugong,asa nyesal pulak.. nk mandi~~~.. somebody take me to the waterfall :'(.. sedih wey, semangat2, trus down g2.. apelah nasib gini.. mak!!!! mok keta cgek!!! (mesti korang x paham)..hehehe
ni aku ngan mak aku.. aku pun bersantai bersama2 jugak.. kecewa xdapat mandi ritu..
cinta x memerlukan sebab..
Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang
disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada suami. Ini dialog mereka:
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang
> memang menyayangi dan mencintai yang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya
sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan
teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan
sebabnya.
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata 'Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang
> dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!'
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan koma. Si suami amat
bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut
berbunyi begini: 'Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika
> disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika
> disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah
> aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang.
> Aku tidak mempunyai sebab mencintaimu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintaimu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab
> Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati.'
jgn pernah persoalkan kenapa dia menyayangi anda.. ketahuilah dia menyayangi kamu adalah kerana ITU IALAH KAMU...
pantai oh pantai
semalam aku g lepak2 la kat tepi pantai tok jembal.. tenang je asa.. asa cam semua masalah aku ilang.. aku rasa salah satu tmpat yang paling sesuai untuk melepaskan tensen sebagai seorang pelajar ni memang pantai je kot.. xpun aku sorang je yang g2.. xpe2, len org len ragam.. terkenang plak zaman2 sebelum aku meng'extend'kan diri ni.. ramai je mber masa 2.. nk g pantai lepak ramai2.. best gak.. ada je aktiviti bermoral ktorg buat..(ape ek?)..hahaha.. kira zaman sebelum ni banyak ar member kiri kanan.. yang di suka,yang d benci.. mcm2 ada.. mklum "manusia ni x sempurna".. dulu mula2 xda transpot, so aku nek beskal je lah.. sambil2 excercise.. kalu x,haram nk g bersukan.. mber aku dulu salu g pantai ain lah.. sbb die x pandai nk kayuh beskal, aku je lah jd mangsa duk usung die sana sini.. nasib baik lah,ain 2 ringan je.. xda la rasa beban sangat...
so, ni lah beskal yang salu jd mangsa aku ngn ain.. naik 2 orang 2... xpelah, chat je ag basikal ni.. aku dah sedekahkan kepada si dia da.. bagi bakal adik2 ipar pakai :)
kalu pk2 byk je member aku len yang aku ajak sekali lepak2 tepi pantai, kdg2 ajak zai, naa,daling.. so, memori ngan beskal kesayangan aku 2 ada gak ngn zai n na.. daling xnak langsung naik beskal.. (aku xnk nmpak seperti sepotong daging d atas pisau ->ayat rasmi daling la 2..).. zai,aku ngan na.. naik 2 basikal je.. so, masa pegi zai bawak aku, masa blik aku plak bwk die.. ritu aku ingt lagi masa zai yang bawak aku la.. masa 2 lalu jalan area belakang kt desa perwira 2.. masa nk lawat2 konon..punya la zai bawak basikal 2 macam minah rempit je.. yang sengsara nya aku la belakang 2.. (p/s zai, ingt ke ko lagi?).. tapi xpe, asal leh pegi pantai, aku pun ok je la.. pastu ktorang g aar ber3.. na bwk 1 beskal, aku tumpang zai.. sampai je kat sana, amek gambar la beb! (zai mmg pantang pegang hp aku!)
selamat tido :)
erm.. jam skrg kul12.30.. mata aku dh ngantok macam dah berat 1 kilo dah.. tapi dengan yakin dan gagah aku nk lawat jugak la blog aku ni.. tadi aku br pas melantak roti cnai ngan milo panas.. sebab ati ngah merajuk, benda sedap pun jadi x lalu.. cian je aku tengok roti canai tu tadi.. tapi xpelah, dah perut xleh time.. pakse2 lain pulak jadinya nanti.. mak cakap "tak baik membazir,amalan syaitan".. jadi setan ar jap malam ni.. tadi duk bincang2, ingat nk settle la masalah aku dan dia.. tapi last2, xde kesudahan gak.. bincang ke? gaduh kot.. xpelah, aku malas da nk pk2 dah.. arap2 baik2 je lah.. biar la kisah berlalu cam angin.. mula2 sejuk,lame2 ilang la sejukny.. so, aku nk tido dulu,
the end... nite :)
jangan tdo begini sudah..keja2 jugak, blaja2 jgk.. tdo 2 kena elok2..hehehe.. nanti xpasal masuk longkang.. ngigau 2 len cita aar.. kepada sape2 yang kuat ngigau dan merayap2 2, b4 tdo ikat ar seluruh bdan kt katel k! nite!
0 comments Posted by Siti Sallwa Piee at Thursday, January 21, 2010
kurus oh kurus!!!
bersungguh-sungguh nak jogging ni.. teman lak xda. kak ida takut die pengsan.. jadi kurang aar kebarangkalian nk berjogging.. mai semangat,tp rini kena cirit-birit lak.. xpe esok da lagi.. chaiyok2!!
nk tips kurus?? click sini.. dgr sampai abis taw..
0 comments Posted by Siti Sallwa Piee at Thursday, January 21, 2010
hati2 parking keta
tengah2 aku syok2 cari gmbr nk upload kat blog ni.. tibe2 aku tengok gambar mas aketa aku kena pecah ritu.. teringat je balik perasaan aku masa 2.. hurm.. marah,nyesal,takut, sedih.. macam2 lah.. so, hati2 lah masa pilih tmpat park k.. biar ar bayar rm1,2 asal selamat.. sekarang aku dh fobia nk park keta kat mane2 pon.. perkara ni jd 2 hari pas aku balik sarawak ritu.. hampeh punya pencurik! yang ilang suma barang dalam keta 2.. semua beg yang ada.. yang paling aku x tahan, burger mcD aku pun die curi sekali..ish3.. ape nak jadi ntah manusia zaman ni.. kesian kt abang aku la.. suma die tanggung.. aku xda income nk ganti :(.. sowi byk2 ea abang.. 0 comments Posted by Siti Sallwa Piee at Thursday, January 21, 2010
morning..
haa.. bgn awal2 pagi.. nk wat ape ntah rini.. jp ag ada cls kul11.. asa mls je nk g.. nk wat programming je.. bkn taw pon.. ada ar ritu masa cls ni jgk aar.. prof 2 slmber je ckp gni "saya ni mmg hebar programming, so program yg saya buat adalah yg terbaik"..wah!!! kagum ny aku dgr..hahaha.. nk jd prof gak aar pastu.. pastu skali dia nk kasi tunjuk ar skill die 2.. korang nk taw ke cne??die wat ***** hahahahahaha!!!. alasan die "saya dh lame xbkk programming,lupe aar plak"..hahaha. boleh plak g2.. pas die tunjuk suma2 2, die ckp aar "wat aar programing k, saya nk tgk nnti".. so, ktorg pun wat ar dgn 'bersungguh2'... x wat pun, nk wat ape.. xphm langsung :P.. so, duk bual2 aar ngn junior aar (aku kn extend).. sekali tgk ar prof 2, senyap xda bunyi lgsung je.. tgk2 sedap je die tdo kt depan 2..hehehe.. lucu gak tgk, tp comel pun ada.. hehehehe.. ape daa.. so, aku amek beg trus blik..baikkan aku? ambik kesempatan yg ada..huhu..
pagi gni teringt lak lagu ni, taw x?? best gak kot pagi2 dgr, wat semangatkn diri yg sedia mls ni..
harap2 aar pagi ni lebeh ceria dr selalu..
2 comments Posted by Siti Sallwa Piee at Thursday, January 21, 2010
sepi tanpa khabar..
wah.. kalu nk dikirakan, lame dh aku x tgk blog aku ni..huhu.. intai2 aar jp eh.. aku ni buang batu kot.. bkn buang batu buang konkrit pun ada., ntah la.. kdg2 cm xda masa nk pk n taip pe dlm otak aku.. byk sgt pk ke? pk ape ntah aku pun xtaw.. idup aku ni cm2 je mslah.. tp aku wat endah x endah je.. kalu dok pk msalah,lame2 jd owg sewl kot..hahaha.. skrg nk wat hobi br ar.. nk post byk2.. wat diari best2.. k,lah, esok aku da cita best nk ckp.. tggu taw..huhu.. klah,nite. 0 comments Posted by Siti Sallwa Piee at Tuesday, January 19, 2010